TERKINI : “10 Akur Janji SPR Calon Perlu Tandatangan” – PRK Cameron Highlands

Suruhanajaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memberi peringatan kepada calon serta penyokong bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Cameron Highlands agar tidak sesekali berkempen secara negatif atau menggangu gugat ketenteramaan serta keharmonian.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana calon tidak kira siapa, seandainya peraturan yang telah ditetapkan itu dilanggar begitu sahaja.

Jelas beliau, segala aktiviti berkempen akan dipantau sepanjang tempoh rasmi berkempen, malah SPR juga telah menyediakan ‘Surat Aku Janji’ yang telah ditandatangani oleh setiap calon yang mengandungi 10 janji untuk dipatuhi.