TERKINI : “Tan Sri Kayveas Pindahkan 2000 Pengundi India ke Cameron Highlands!” – Datuk Sharkar

Barisan Nasional (BN) tidak pernah meragui sokongan 7,050 pengundi orang asli kepada parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands 26 Januari ini kerana mereka satu-satunya bangsa yang sangat mengenang jasa.

Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, walaupun orang asli menerima ugutan agar memberi undi kepada Pakatan Harapan (PH), namun kesetiaan mereka tidak berubah kepada BN.

“Insya-Allah walaupun ada ugutan, dan sebagainya, orang asal ini adalah orang yang kenang jasa.