Sara Raja Petra
Sara Raja Petra

KUALA LUMPUR – Anak penulis blog kontroversi Raja Petra Raja Kamaruddin, Raja Sara hari ini mengesahkan telah keluar daripada parti Gerakan sekali gus melepaskan semua jawatannya dalam parti termasuk sebagai Timbalan Ketua Wanita Gerakan.

“Betul, saya sudah meletak jawatan pada Jumaat lepas,” katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp di sini.

Surat peletakan jawatannya dikongsi Raja Petra menerusi laman sosial Twitter Jumaat lalu.-BERNAMA