Ramli Mohd Noor

CAMERON HIGHLANDS – Calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd Noor enggan mengulas dengan lebih lanjut berhubung pemberian ‘wang’ petrol dengan masyarakat Asli oleh pasukan calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran.

Sebaliknya, beliau meminta masyarakat umum untuk melihat sendiri beberapa keping gambar merakamkan seorang wanita ‘misteri’ menghulurkan wang nota RM50 dan RM5 yang kini sudah menjadi tular dalam sebuah majlis tertutup yang turut dihadiri pemimpin PH itu.

Kata Ramli, beliau tidak memberi komen negatif atau memburuk-burukkan seseorang kerana gambar itu sendiri sudah berbicara dan mendedahkan ‘kebenaran’.

“Saya tidak perlu komen atau ulas sebaliknya anda semua lihat sendiri gambar-gambar itu. Anda boleh lihat sendiri kebenaran melalui pengamatan anda sendiri. Saya tidak perlu berbicara.

“Yang saya boleh cakap, saya adalah orang yang sangat lurus dan tidak menghulurkan apa-apa wang untuk menang undi sebaliknya semua pengundi rata-ratanya adalah orang yang saya kenali malah dalam kalangan keluarga.

“Biar sahaja gambar-gambar itu bercakap bukan saya. Saya juga di beritahu sudah ada laporan polis yang telah di buat, kita biar sahaja pihak berkuasa menyiasat tentang perkara ini.

“Saya lebih fokus dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) ini. Buat apa sibuk-sibuk isu berkontroversi seperti ini, yang penting kita ikhlas dan hati bersih. Saya bukan dari mana-mana sebaliknya orang sini,” katanya selepas program ramah mesra dengan penduduk Asli Kg Ruil hari ini.

MGF13012019_WALKABOUT CALON BN02
Calon Barisan Nasional, Ramli Mohd Noor beramah mesra dengan sebahagian penduduk orang asli ketika sesi walkabout sempena Pilihan Raya Kecil P.078 Parlimen Cameron Highlands di Sungai Ruil, Pahang. foto HAZROL ZAINAL, 13 JANUARI 2019.

Beliau mengulas gambar yang tular itu turut dihadiri  Manogaran dan beberapa pimpinan DAP seperti Gobind Singh Deo dan Wong Kah Woh.

Hari ini, MIC dan UMNO bertindak membuat laporan polis dan juga aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia susulan penularan gambar seorang wanita berbaju PH mengagihkan wang kepada komuniti Orang Asli.

Kata Ramli, dirinya kini teruja kerana peluang ini sedang di maanfatkan olehnya untuk terus dekat dengan bukan sahaja masyarakat Orang Asli sebaliknya juga dekat dengan yang lain seperti Melayu, Cina dan India.

ARTIKEL BERKAITAN: Tukar duit kecil nak beli strawberi..

ARTIKEL BERKAITAN: PH ‘beri’ duit kepada Orang Asli boleh pula?

ARTIKEL BERKAITAN: PH ‘beri’ duit kepada Orang Asli boleh pula?

“Seperti yang sedia maklum, saya sudah banyak melakukan program dengan MIC dan sambutan dalam kalangan masyarakat India juga membuat saya teruja. Saya belum berkesempatan lagi mengadakan pertemuan dengan MCA dalam masa terdekat ini.

“Untuk masyarakat Melayu pula, saudara saudari Islam saya amat memberikan sokongan moral kepada saya. Saya tidak perlu pula bercakap tentang Orang Asli kerana mereka adalah keluarga.

“Anda lihat sendiri bagaimana mereka dan saya, saya sebenarnya sangat positif dengan PRK ini. Kita doa yang terbaik,” ujarnya. –MalaysiaGazette

MGF13012019_WALKABOUT CALON BN10
Calon Barisan Nasional, Ramli Mohd Noor beramah mesra dengan sebahagian penduduk orang asli ketika sesi walkabout sempena Pilihan Raya Kecil P.078 Parlimen Cameron Highlands di Sungai Ruil, Pahang. foto HAZROL ZAINAL, 13 JANUARI 2019.

1 Komen

  1. Masih dlm kepompong fikiran juara kaum. Kerusi Parliament satu kerusi bersifat national, Maka perlu tunjuk Cara bagaimana Orang Asli boleh berdiri bersama kaum lain dlm arus national.

    Masih bersifat chauvinist dlm masa yg sama menagih utk di terima oleh kaum yg lain.

    Budaya UMNO masih tebal dlm BN.

Comments are closed.