Jho low
Low Taek Jho

GENTING HIGHLANDS – Polis Malaysia sudah mengadakan mesyuarat dengan pihak berkuasa China bagi mengesan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Tanpa memberikan butiran mesyuarat itu, Fuzi berkata, buat masa ini, Jho Low belum ditemui dan usaha mengesannya sedang dilakukan.

“Pihak polis juga berhubung dengan Interpol dan statusnya masih sama,” katanya selepas mesyuarat peringkat tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan polis di sini, hari ini.

Khamis lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, kerajaan akan tetap meneruskan usaha mencari ahli perniagaan itu, walaupun sukar.