Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tengah) diringi Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad (kanan) dan Datuk Dr Fadzilah Kamsah (kiri) pada Majlis Perasmian Kempen Malaysia Positif 2019 di Dewan Sri Melati, Presint 3, Putrajaya. foto MUHAMMAD ZULHAIRI, 13 JANUARI 2019

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mengekalkan kerusi Parlimen Cameron Highlands, kata Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Malah, beliau mengakui langkah BN apabila meletakkan Orang Asli tempatan sebagai calon untuk bertanding menyukarkan PH untuk memenangi kerusi itu kerana mendakwa sentimen tempatan akan diaminkan oleh parti lawan tersebut.

“Nah, kita selalu menghadapi kesukaran sebelum kita menjadi kerajaan, jadi sekarang lebih sukar kerana mereka menggunakan sentimen tempatan.

“Kita sentiasa berhadapan kesukaran sebelum menjadi kerajaan. Sekarang ia (PRK) menjadi lebih sukar apabila mereka (BN) menggunakan sentimen tempatan.

“Memang dalam mana-mana pilihan raya, mesti ada persaingan sengit, dan ini merupakan sebahagian situasi yang perlu dilalui setiap calon. Apa kita (PH) tawarkan, sekurang-kurangnya rakyat akan mengundi kita, ia adalah cukup baik,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Malaysia Positif 2019 di sini hari ini.

Wan Azizah berkata demikian ketika diminta mengulas peluang calon PH, M. Manogaran untuk memenangi kerusi Parlimen Cameron Highland yang menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan calon BN, Ramli Mohd. Nor dan dua calon bebas.

PRK itu akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Timbalan Pengerusi DAP Pahang M. Manogaran, 60, mewakili PH, bekas pegawai kanan polis Ramli Mohd Nor, 61, (BN) dan bekas pensyarah di Institut Aminuddin Baki, Sallehudin Ab Talib, 61, serta petani Wong Seng Yee, 40, masing-masing sebagai calon bebas.

PRK Parlimen Cameron Highlands berlangsung selepas Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan kemenangan Datuk C. Sivarraajh daripada BN pada Pilihan Raya Umum ke-14, terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu. – MalaysiaGazette