Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bercakap ketika sesi walkabout bersama Komuniti Orang Asli Pos Mensun sempena Pilihan Raya Kecil P.078 Parlimen Cameron Highlands di Sekolah Kebangsaan Menson, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang. foto AFFAN FAUZI, 12 JANUARI 2019

CAMERON HIGHLANDS – “Saya baru kenal dia tapi saya sudah jatuh hati dengan kesungguhan dan kesanggupan beliau,” demikian kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Mohamed Nazri berkata, walaupun bekas Asisten Komisioner Polis, Ramli Mohd Nor sudah bersara sejak Oktober lepas sebagai anggota keselamatan, namun beliau sanggup menjadi calon BN untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat orang asli di sini.

“Apabila dipanggil untuk berkhidmat bukan sahaja untuk negara bahkan untuk masyarakat kampung dia sendiri.

“Ini kerana dia tahu bahawa Insya-Allah kalau dia menang dalam pillihan raya pada 26 Januari nanti, dia bukan sahaja bekerja untuk rakyat Malaysia

“Malah lebih penting dia bekerja untuk keluarga dia, adik-beradik dia dan masyarakat dia yang ada dalam kawasan ini,” katanya berucap ketika menyantuni masyarakat orang asli di Kampung Mensun, Pos Mensun, di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, sekiranya Ramli berjaya mempertahankan kerusi P078 di tangan BN, beliau adalah orang asli pertama dilantik menjadi wakil rakyat di negara ini.

“Inilah ahli Parlimen pertama yang akan mewakili masyarakat orang asli bagi kawasan Parlimen Cameron Highlands

“Penyebab kekalahan itu mungkin disebabkan oleh calon wakil rakyat itu tidak datang dari kawasan sendiri,” katanya lagi. – MalaysiaGazette