Neymar

LONDON – Pengurus Barcelona, Ernesto Velverde menepis khabar angin mengenai desas-desus perpindahan kembali Neymar ke kelab itu pada musim depan.

Velverde menjelaskan, Neymar tidak pernah menghubunginya selepas baru-baru ini muncul spekulasi kemunculan bintang Brazil itu ke skuad The Catalan.

“Orang gemar mereka cerita mengenai pemain dan kelab ini. Neymar merupakan pemain yang hebat tetapi dia kini bermain dengan kelab lain. Tiada apa yang perlu diulas.

“Soal Neymar hubungi saya atau pun tidak bukan isu kerana tidak ada sesiapa yang hubungi saya sebelum ini,” katanya memetik laporan talksSPORT.com.

Laporan media dari Sepanyol baru-baru ini mendakwa Neymar menghubungi kelab itu sebanyak lima kali.

Malah, Neymar yang juga pemain Paris Saint-German (PSG) dikatakan merayu untuk kembali bermain dengan Barcelona.

Bapa Neymar turut menepis khabar angin itu menerusi lman Instagram miliknya sambil menyifatkan laporan itu sebagai berita palsu. – MalaysiaGazette