Paul Pogba. Foto manchestereveningnews

LONDON – Bintang tengah Manchester United, Paul Pogba mengakui semakin selesa dengan sistem yang digunakan oleh pengendali sementara, Ole Gunnar Solskjaer.

Jelas pemain antarabangsa Perancis itu, dia sukar mengadaptasi sistem lama yang digunakan oleh Jose Mourinho sebelum ini.

Dia juga gembira dengan taktik permainan yang dipraktikkan oleh Solskjaer sejak mengambil alih pasukan.

Pogba sudah menjaringkan empat gol dalam Liga Perdana Inggeris menerusi enam perlawanan di bawah pengendali dari Norway itu.

“Saya gembira dapat menikmati sistem permainan yang diterapkan. Saya berdepan kesukaran di bawah sistem Mourinho sebelum ini.

“Sistem sekarang membuatkan saya selesa sebab saya boleh menyerang dan bermain dengan tekanan tinggi.

“Pada masa saya dapat bermain pertahanan, tapi ia bukan kepakaran saya. Bila kami faham satu sama lain, segalanya menjadi mudah.

“Ini membuatkan gembira dengan sistem sekarang dengan kehadiran Nemanja Matic dengan Ander Herrera,” katanya lagi.

Sebelum ini, prestasi Pogba sering dipertikai oleh Mourinho hingga pernah dianggap virus oleh pengurus Portugal itu. – MalaysiaGazette