Foto Instagram Linda Rafar.

KUALA LUMPUR – Pelakon Linda Rafar mengakui dia sedang melalui saat sukar untuk menjalani kehidupan tanpa ibunya, Allahyarhamah Rasimah Abdul Rahman yang meninggal dunia pada Jumaat lalu.

Menerusi Instagram miliknya, Linda meluahkan arwah ibu seolah masih hidup dan tinggal di dalam rumah dengan melakukan aktiviti harian biasa.

Linda turut berkongsi rasa rindu terhadap ibunya dan memohon diberi kekuatan untuk menjalani kehidupan harian.

“Allahuakbar… Bila semua dah balik Linda rasa sebak, sunyi dan rindu sangat kat mak… Terasa macam mak ada je lagi dalam rumah ni…

“Bangun pagi buat air dan minum dekat depan ni… Tengok progress dia makin sihat, happy sangat dan plan nak bawa dia tengok laut…

“Mak pun happy cakap nak pergi rehat tengok laut… Tapi sekarang Allah sayang mak dan ambil mak dulu, nak bagi mak rehat tengok syurga Firdaus InshaAllah… Ya Allah kuatkan aku,” tulisnya. – MalaysiaGazette