Pasukan keselamatan Kenya sudah mengawal kawasam kompleks hotel dan pejabat yang menjadi sasaran kumpulan militan. foto Agensi

NAIROBI – Lelaki bersenjata mengebom laluan ke kompleks hotel dan pejabat di ibu negara Kenya dan membunuh sekurang-kurangnya 15 orang mangsa.

Serangan yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan militan Somalia, al-Shabaab berlangsung selama 11 sejam.

Ia bermula di Komplesk 14 Riverside Drive dengan melepaskan tembakan dan letupan.

Kawasan berkenaan masih belum dalam kawalan meskipun kerajaan sudah memberi jaminan.

Berpuluh-puluh orang dipercayai masih bersembunyi di dalam kompleks berkenaan dan penyelamat pertama yang berjaya memasuki ke dalam bangunan itu menyatakan ada mangsa yang memerlukan bantuan kerana terkena tembakan.

Sehingga pukul 1 pagi (2200GMT), sebanyak 15 mayat telah tiba di tempat mayat Chiromo dan ada lagi dalam perjalanan, menurut pekerja di situ.

Mereka yang terbunuh termasuk 11 warga Kenya, seorang Amerika Syarikat dan British.

Dua lagi mayat masih belum dikenal pasti.

Jabatan Negara Amerika Syarikat pula mengesahkan seorang rakyatnya maut dalam kejadian itu.

Menteri Dalam Negeri, Fred Matiang’i berkata, semua bangunan di lokasi berkenaan telah dikawal dan berpuluh-puluh orang telah dibawa keluar.

Namun setakat berita ini ditulis, masih belum diketahui nasib penyerang.

Pihak berkuasa pula memberitahu masih ‘bertindak’.

Nairobi adalah hab utama para ekspatriat dan syarikat antarabangsa.

“Pintu utama hotel itu telah diletupkan dan terdapat lengan manusia yang terputus dari bahu di jalan,” kata Serge Medic, pemilik syarikat keselamatan Swiss yang berlari ke tempat kejadian untuk membantu ketika mendengar serangan itu dari pemandu teksinya.

Medic, yang bersenjata, memasuki bangunan itu dengan seorang anggota polis dan dua askar, katanya, tetapi mereka telah ditembak lalu berundur.

Menurutnya, sebutir bom tangan yang belum meletup terdampar di lantai lobi.

“Seorang lelaki memaklumkan dia melihat dua lelaki bersenjata dengan selendang di kepala dan bersenjata,” kata Medic kepada Reuters. – MalaysiaGazette