3 kanak-kanak ditemui mati di dalam peti sejuk selepas dipercayai terperangkap dari dalam. foto Agensi

FLORIDA – Tiga orang kanak-kanak maut selepas terperangkap dalam sebuah peti sebuah peti sejuk yang tidak berfungsi.

Kanak-kanak yang berusia satu, empat dan enam tahun, bermain di luar rumah mereka sebelum didakwa memanjat ke dalam peti sejuk yang telah ditinggalkan di taman.

Dua wanita yang tinggal di rumah di Live Oak yang menemui kanak-kanak itu bagaimanapun gagal menyelamatkan mereka.

Polis menolak sebarang perbuatan jenayah dalam kes ini tetapi akan menghantar laporan kepada pejabat Peguam Negara untuk kajian.

Polis percaya ketiga-tiga mangsa lemas selepas terperangkap dalam peti sejuk tersebut. – MalaysiaGazette