Petronas

MUMBAI – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) sedang berunding dengan 1Squared Capital untuk membeli kepentingan majoriti dalam Amplus Energy Solutions Pvt. Ltd. (Amplus).

Amplus adalah pengeluar kuasa solar atas bumbung terbesar di India.

Sebelum ini, syarikat minyak Norway, Statoil ASA, Total SA (Perancis) dan Shell Plc (Belanda) juga menunjukkan minat untuk melabur dalam Amplus.

Amplus telah mewujudkan kapasiti 350 megawat di seluruh India.

Firma minyak Rusia, OAO Rosneft juga telah meneroka peluang dalam sektor tenaga solar India.

“Perbincangan berlangsung bagi pembelian kepentingan majoriti dalam Amplus oleh Petronas,” kata sumber yang turut disagkan oleh seorang lagi sumber yang mengetahui perkembangan itu. – MalaysiaGazette