KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US hari ini, kata seorang peniaga.

Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.1080/1130 berbanding penutup Selasa pada 4.1030/1080.

Menurut peniaga berkenaan, pasaran rendah sedikit selepas keuntungan baru-baru ini berikutan kurangnya berita tempatan yang menggerakkan pasaran.

“Dolar kekal kukuh berbanding beberapa mata wang utama di tengah-tengah data ekonomi yang tidak terkawal dan undi untuk Brexit,” tambahnya.

Secara keseluruhan, dagangan bercampur-campur pada sesi pagi

Ringgit kukuh berbanding dolar Singapura pada 3.0306/0348 daripada 3.0312/0360 dan euro pada 4.6868/6933 daripada 4.6910/6975 semalam, selepas data menunjukkan ekonomi Jerman perlahan pada 2018.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding pound British pada 5.2808/2885 daripada 5.2777/2874 memandangkan sterling mencatatkan keuntungan semula selepas kejatuhan mendadak walaupun Perdana Menteri, Theresa May, kalah dalam undian Brexit pada Selasa.

Ringgit juga lemah berbanding yen pada 3.7879/7936 daripada 3.7788/7844. – MalaysiaGazette