Mohamad Hasan
Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamad Hasan belum menerima sebarang permohonan daripada enam bekas ahli Parlimen UMNO yang mahu menyertai semula parti itu.

Pemangku Presiden UMNO itu berkata, beliau bersedia menerima mana-mana individu berdasarkan peraturan parti.

“Secara peribadi, saya tidak menerima sebarang permohonan daripada enam anggota Parlimen yang meninggalkan kami.

“Kami terbuka untuk menerima sesiapa yang mahu menjadi ahli berdasarkan peruntukan dalam perlembagaan parti,” katanya seperti yang dilaporkan oleh The Star.

Enam bekas ahli Parlimen itu ialah Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Larut), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Datuk Dr Latiff Ahmad (Mersing). Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam dan Datuk Shahbudin Yahya (Tasik Gelugor). – MalaysiaGazette