Rakaman CCTV menunjukkan dua pemberontak di kawasan hotel mewah di Nairobi sebelum melakukan serangan. foto Agensi

NAIROBI – Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh selepas sebuah mewah dan kompleks perniagaan di bandar raya Kenya diserang.

Kejadian itu turut mengakibatkan 28 orang cedera dan diberi rawatan di hospital manakala 19 lagi masih hilang.

Kumpulan militan Somalia, al-Shabab mengakui menjadi dalang di sebalik serangan itu.

Pasukan Bulan Sabit Merah berkata, jumlah kematian mungkin meningkat memandangkan angka sebenar orang yang berada di kawasan itu belum diketahui.

Pihak berkuasa mengambil masa 19 jam untuk mengawal keadaan.

Presiden Uhuru Kenyatta berkata, lima pemberontak yang terlibat dalam serangan itu sudah ‘dilenyapkan’.

Kenya menjadi sasaran al-Shabab yang merupakan sekutu al-Qaeda sejak Oktober 2011 apabila ia menghantar tentera ke Somalia untuk melaksanakan undang-undang Islam yang ketat.

Dalam satu kenyataan, al-Shabab berkata, serangan itu merupakan tindak balas terhadap keputusan Presiden Donald Trump untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Setakat ini, jumlah penyerang belum diketahui tetapi rakaman kamera litar tertutup menunjukkan sekurang-kurangnya lima orang berpakaian bitam dengan tali pinggang hijau yang mengandungi bom.

Seorang pemberontak dilihat berada dalam satu rakaman, sedang menunggu di luar restoran sebelum meletupkan dirinya selepas pukul 3 petang. (1200 GMT).

Letupan lain berhampiran pintu masuk, mungkin disebabkan bom tangan, tiga kereta dibakar sebelum empat lelaki berjalan-jalan sambil melepaskan tembahan dan kemudian berpecah kepada dua kumpulan.

Satu kumpulan memasuki bangunan pejabat berdekatan, yang mana mana mereka meninggalkan bom tangan di lobi, seorang pakar keselamatan swasta ketika serangan itu memberitahu Reuters.

Kemudian mereka menembak ke lif dan pejabat ketika mereka mencari mangsa hingga ke tingkat keenam.

Kumpulan lain pula memasuki restoran dengan senjata dan akhirnyan menyerang kawasan berhampiran dengan tingkat atas hotel. – MalaysiaGazette