KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Segambut dari DAP, Hannah Yeoh dikecam hebat oleh netizen setelah beliau memuatnaik hantaran seolah menyindir isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menerusi akaun Twitternya.

Walaupun beliau tidak menyatakan nama sasarannya, namun maksud kepada status yang dimuatnaik dalam akaun Twitternya itu jelas ia ditujukan kepada Rosmah.

Ini kerana, di awal pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada Mei lalu, peristiwa yang sensasi berlaku dan menjadi perhatian umum dalam dan luar negara ialah rampasan beg mewah yang dikatakan milik Rosmah.

Justeru, apabila Datuk Seri Najib Tun Razak merancang untuk turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, Hannah dengan ghairahnya menulis: “Jangan sesekali kita lupa gambar-gambar handbags yang mahal”.

Tulisannya itu mendapat komen daripada Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo.

Papagomo meninggal komen, “Jangan sesekali kita lupa yang sampai sekarang Amar Singh pegawai polis buat rampasan handbag dah pun pencen, sedangkan tidak ada pertuduhan lagi dibuat akan siapa pemilik handbag yang dirampas. DAP Rasuah”..

Begitu juga komen warganet bernama HidayahUmmuTariq @TeacherDayah, “Jangan sesekali juga lupa gambar sekolah kebangsaan daif yang meja berlubang, tingkap pecah, atap bocor, jalan belum ditar, takde elektrik, bangunan buruk dan usang dan banyak lagi. Bukan minta bangunan mahal macam Kolej Universiti New Era pun. Dapat bagi kemudahan asas pun dah kira nasib baik”.

Warganet Ryan Wantrotsky @ryansofea pula menyifat Hannah yang merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai pemimpin kerajaan yang masih bermentaliti pembangkang.

Lovelydarshan @ladydarshankaur pula meninggalkan komen, beliau suka Hermes Birkin koleksi kulit buaya Ally Mukhriz Mahathir dan isteri Menteri Usahawan. Tidak lupa Birkin milik isteri Menteri Besar.

Warganet Villa Hafiz @hafiznafiah turut menyifatkan Hannah tidak ada modal atau isu untuk memuatnaik hantaran dalam Twitternya dengan menunjukkan sikap dendamnya terhadap isteri bekas Perdana Menteri itu.

Beliau menulis, “Tak ada modal dah ke Hannah Yeoh? Muaklah… macam budak universiti saja, apa masalah dengan handbags? Kualiti menteri apa macam ini?

Beliau juga diingatkan oleh seorang warganet bernama Adam @ATMology, yang berkata, jangan sesekali lupa gambar rakannya, Teo Nie Ching di majlis sumbangan derma kolej swasta dan juga insiden terbaharu di Pulau Sebang, Melaka baru-baru ini. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.