Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah menolak tawaran pengantaraan AirAsia dalam satu surat yang dihantar oleh peguam pengendali lapangan terbang itu. 

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) melantik bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zainun Ali sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bukan Bebas mulai esok.

Ia susulan peletakan jawatan Tan Sri Syed Zainol Anwar Syed Putra Jamalullail hari ini.

Dalam satu kenyataan di sini, MAHB berkata, Zainun telah memegang pelbagai jawatan dalam perkhidmatan perundangan dan kehakiman.

Beliau telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada bulan Ogos 1996 dan Hakim Mahkamah Persekutuan pada 4 April 2012.

Beliau bersara pada 4 Oktober 2018.

Dalam pada itu, MAHB turut mengucapkan terima kasih kepada Syed Zainol atas sumbangannya yang tidak ternilai sepanjang tempohnya dengan syarikat itu.

“Syed Zainol telah membawa syarikat ini ke tahap lebih tinggi semasa tempohnya dari segi prestasi kewangan serta kualiti perkhidmatan dan operasi, kata operator lapangan terbang itu. – MalaysiaGazette