Keputusan kerajaan berhubung projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) perlu mengambil kira kebajikan 7,000 pekerja di jajaran rel berkenaan di Terengganu.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mendedahkan, apabila berlaku pengecilan skala projek serta pengurangan skop kerja sudah semestinya menyebabkan kos pembinaan menurun berbanding perjanjian asal.- Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Kerajaan telah menamatkan kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pelaksanaan (EPCC) bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), demikian menurut laporan theedgemarkets.com

Kontrak tersebut telah dianugerahkan kepada kontraktor dari China, China Communications Construction Co. Ltd. (CCCC).

Syarikat tersebut sebelum ini diarahkan untuk menghentikan semua kerja dan perkhidmatan projek ECRL oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada 3 Julai lalu sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Guan Eng ketika sidang media di kementeriannya pagi tadi enggan mengulas mengenai isu tersebut.

“Kami akan umumkan apabila sudah selesai,” katanya.

ECRL merupakan salah satu daripada beberapa projek mega yang sedang dikaji semula oleh kerajaan Pakatan Harapan.-MalaysiaGazette