Jentera parti politik perlu menghormati peraturan pilihan raya dan menjaga adab dan tatasusila ketika menjalankan aktiviti berkempen secara bersih dan profesional.
Jentera parti politik perlu menghormati peraturan pilihan raya dan menjaga adab dan tatasusila ketika menjalankan aktiviti berkempen secara bersih dan profesional.

KUALA LUMPUR – Kenyataan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkenaan isu kelewatan pengagihan bayaran tunggakan kepada peneroka FELDA adalah tidak benar.

Unit Komunikasi Korporat FELDA berkata, peruntukan khas RM77 juta yang diluluskan oleh kerajaan Pusat pada 20 Disember 2018 adalah bertujuan untuk Bayaran Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil (BSHPH), bayaran tunggakan bagi kerja-kerja operasi pembangunan ladang peneroka dan bayaran khairat kematian kepada 120 waris peneroka.

Majoriti tuntutan BSHPH telah dibayar pada 31 Disember 2018 dan baki peruntukan khas ini telah selesai diagihkan pada 14 Januari 2019.

“Seramai 30,799 peneroka telah menerima tuntutan BSHPH pada 31 Disember 2018 dan 4,644 peneroka pula menerima tuntutan pada 14 Januari 2019. Oleh itu, semua tuntutan BSHPH telah selesai diagihkan kepada peneroka dan bayaran ini hanya dibuat kepada peneroka yang terlibat bawah Program Tanam Semula.

“Bagaimanapun, peneroka di Sungai Koyan, seramai 851 orang, tidak terlibat dengan Program Tanam Semula dan tiada tuntutan BSHPH dibuat oleh mereka.

Pihak FELDA telah menyusuli aduan yang telah dibangkitkan oleh Guan Eng dan mendapati bahawa aduan peneroka adalah berhubung dengan bayaran hasil, iaitu gaji yang dibayar kepada peneroka berdasarkan jualan kelapa sawit,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Bayaran tersebut dibuat kepada peneroka dua kali sebulan iaitu pada pertengahan dan hujung bulan dan kemudian dipinda kepada bayaran sekali pada hujung bulan.

“Bayaran hasil ini bukanlah sebahagian daripada BSHPH ataupun peruntukan khas sebanyak RM77 juta yang diluluskan oleh kerajaan Pusat yang telah diagihkan kepada peneroka sebelum ini.

“Bayaran hasil kepada peneroka akan dibayar dengan menggunakan sumber kewangan FELDA,” kata kenyataan yang sama.

FELDA, katanya, sentiasa komited untuk membantu menjaga kebajikan peneroka FELDA dan memastikan industri peladangan sawit maju dan mampan dan akan memberi pertimbangan yang positif di atas perkara yang dibangkitkan oleh peneroka.- MalaysiaGazette