Mohd Haniff Khatri. foto HAZROL ZAINAL.

KUALA LUMPUR – Semasa isu rakaman bekas Peguam Negara menari, Tan Sri Apandi Ali telah dicabar oleh peguam Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya meletakkan jawatan.

Mohd. Haniff Khatri Abdulla dilaporkan portal FMT pada dua tahun lepas mendesak Apandi memberi penjelasan munasabah dan berpendapat tidak wajar peguam negara bertindak sedemikian di khalayak ramai.

Dalam rakaman video itu, Apandi dilihat menari bersama beberapa bekas menteri termasuk Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Datuk Seri Salleh Said Keruak, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Nancy Shukri semasa sambutan Hari Kebangsaan pada tahun 2016.

Menurut Mohd. Haniff Khatri, perbuatan peguam negara dan menteri kabinet bernyanyi serta bersuka ria di khalayak ramai menimbulkan kebimbangan rakyat terhadap kemampuan membuat keputusan adil dan saksama dalam siasatan ke atas perdana menteri atau mana-mana menteri kabinet.

Bagaimanapun, penularan video Peguam Negara baharu, tommy Thomas bersama peguam kontroversi, Siti Kassim, Ketua Hakim Negara dan menteri menari sejak semalam tidak ada sebarang komen daripada Haniff Khatri.

Bukan itu sahaja, nampaknya pimpinan Pakatan Harapan juga masih ‘berdiam diri’ untuk mengulas mengenai kejadian yang berlaku.- MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/blog/2019/01/19/bila-peguam-negara-dan-siti-kassim-menari-twist/