Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir menjuarai carta ‘Sibaq Al Akhbar’ (Berita-berita Dunia Paling Hangat) bagi kategori ‘ Tokoh Minggu Ini’ kelolaan saluran berita Arab terkenal, Al Jazeera apabila memperoleh undian tertinggi penonton saluran televisyen berkenaan.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam gempa bumi yang berlaku di wilayah Lombok pada Ahad.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menekankan bahawa Israel tidak sepatutnya datang ke Malaysia memandangkan negara ini tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Dr Mahathir berkata, Malaysia mempunyai hak untuk menutup sempadannya kepada sesetengah orang terutama mereka yang negara ini berpendapat melakukan banyak perkara yang salah.

“Banyak negara hari ini melihat orang luar datang ke negara mereka dan amat tidak gembira mengenainya. Mereka gulingkan kerajaan kerana membenarkan pendatang masuk.

“Jadi, sebuah negara mempunyai hak untuk menutup sempadannya kepada sesetengah orang, sebab itu adanya sempadan, tetapi di Malaysia, kita tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel sama sekali dan kita berpendapat mereka membuat terlalu banyak kesalahan tetapi tetap terlepas kerana tiada siapa berani untuk berkata apa-apa terhadap mereka,” katanya selepas menyampaikan ucapan pada perbincangan Oxford Union yang disiarkan secara langsung oleh Astro Awani dari London awal hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian apabila ditanya oleh Presiden Oxford Union, Daniel Wilkinson mengenai larangan Malaysia ke atas atlit Israel untuk menyertai Kejohanan Renang Para Dunia yang akan diadakan di Sarawak pada Julai ini.

Perbincangan dan temubual itu juga kemudian dimasukkan dalam akaun Facebook rasmi Dr Mahathir..

— BERNAMA