Rakaman gambar yang menunjukkan Putera Philip memandu tanpa memakai tali pinggang keledar. foto Agensi

LONDON – Putera Philip, suami Ratu Elizabeth diberi amaran oleh polis selepas gambar beliau memandu tanpa memakai tali pinggang diambil.

Amaran itu dikeluarkan dua hari selepas beliau terlibat dalam kemalangan semasa memandu.

Akhbar-akhbar memaparkan gambar Putera Philip memandu Land Rover pada hari Sabtu di kediaman diraja Sandringham, dekat Norfolk.

Dalam gambar itu, beliau tidak memakai tali pinggang semasa memandu di jalan awam.

“Kami sedar tentang gambar-gambar itu. Ayat yang sesuai sebagai nasihat telah diberikan kepada pemandu dan ia selaras dengan maklum balas standard selepas menerima imej-imej yang menunjukkan kesalahan yang dilakukan,” kata jurucakap polis.

Pada Khamis lalu, Putera Philip tersebut selepas kereta yang dipandunya terbalik selepas terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan lain yang berdekatan dengan Sandringham.

Putera Philip tidak cedera.

Pemandu lain, seorang wanita berusia 28 tahun, mengalami luka pada lututnya dan seorang penumpang wanita berusia 45 tahun di dalam kereta itu, yang juga mempunyai bayi berusia sembilan bulan patah pergelangan tangan.

Mereeka dibawa ke hospital tetapi dibenarkan pulang.

Mengulas amaran yang dikeluarkan, jurucakap Putera Philip berkata: “Ia adalah berkaitan polis Norfolk”. – MalaysiaGazette