Donald Trump. foto Agensi

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah menetapkan rancangan baharu bagi projek tembok Mexico untuk mengakhiri penutupan kerajaan yang berlangsung lebih daripada empat minggu.

Ia merupakan penutupan kerajaan paling lama pernah berlaku dan meenjejaskan 800,000 pekerja Persekutuan.

Salah satu “kompromi” beliau adalah melalui Dreamers – khusus kepada pendatang muda.

Terdapat kira-kira 700,000 orang belia yang memasuki Amerika Syarikat bersama-sama ibu bapa mereka ketika masih kecil.

Mereka ini sekarang ditempatkan di kem-kem perlindungan dan dibenarkan bekerja tetapi tidak dapat warga negara. Program inilah yang mahu dibatalkan oleh Trump.

Tetapi Trump bersetuju untuk memanjangkan perlindungan untuk Dreamers selama tiga tahun lagi, membolehkan mereka terus mendapatkan permit kerja.

Dan, Trump masih mahu peruntukan sebanyak AS$5.7 bilion untuk membiayai pembinaan tembok.

Namun, Demokrat tetap enggan membiayainya dan telah membuat penolakan lebih awal sebelum ucapan dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat.

Trump berkata, Amerika Syarikat telah mengalu-alukan pendatang sejak sekian lama tetapi sistem itu telah menggugat negara berkenaan.

Beliau sekali lagi mempertahankan untuk membina tembok tetapi bukan struktur – hanya satu halangan keluli di kawasan-kawasan utama.

Tetapi permintaan untuk mendapatkan dana sejumlah AS$ 5.7 bilion adalah kekal.

Kedua-dua idea baharu berkenaan kerana bimbang dengan kehadiran Dreamers dan pemegang Status Perlindungan Sementara (TPS).

Beliau juga mahu melanjutkan visa untuk pemegang TPS selama tiga tahun.

Lebih daripada 300,000 orang dari negara-negara yang terjejas oleh peperangan atau bencana dibenarkan bekerja di Amerika Syarikat di bawah TPS, satu lagi sistem yang ditentang Trump.

Terdapat cadangan lain, termasuk AS$800 juta bantuan kemanusiaan yang mendesak, 2,750 ejen sempadan dan pegawai keselamatan serta 75 orang hakim imigresen baharu.

Sudah tentu mereka lebih banyak menyesuaikan dengan cadangan Demokrat.

Presiden itu berkata, cadangannya “munasabah dengan banyak kompromi” dan “membina kepercayaan dan muhibah”. – MalaysiaGazette