Temubual eksklusif bersama Pengurus Besar Kapas Kapas Ventures Sdn. Bhd., Zainab Mohd Yatim di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 19 NOVEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Semakin ramai wanita bekerja sanggup melepaskan jawatan demi mencuba nasib sebagai peniaga.

Ditambah dengan adanya media sosial, memudahkan peniaga-peniaga menjadikannya sebagai platform bagi memasarkan produk dan perkhidmatan mereka.

Macam-macam yang dijual menerusi media sosial, antaranya  barang kosmetik, tudung, baju, makanan, lauk-pauk, barangan rumah dan makanan tambahan serta sebagainya.

Dalam banyak-banyak produk yang selalu ditawarkan dalam media sosial, Zainab Mohd Yatim,  memilih untuk menjual stoking yang dianggap ‘ajaib’.

MGF19112018_TEMUBUAL ZAINAB YATIM_07
Temubual eksklusif bersama Pengurus Besar Kapas Kapas Ventures Sdn. Bhd., Zainab Mohd Yatim di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 19 NOVEMBER 2018

Selepas 15 tahun  berkecimpung dalam bidang kewartawanan dan media, Zainab akhirnya membuat keputusan untuk berhenti kerja.

Beliau memulakan perniagaannya dengan menjual stoking kapas yang baik untuk kesihatan khususnya untuk pesakit diabetik.

“Memang dah rancang selepas jangka tertentu bekerja saya nak berhenti untuk mulakan perniagaan, bapa saya pun pernah ada berniaga kecil-kecil.

MGF19112018_TEMUBUAL ZAINAB YATIM_06

Zainab Mohd Yatim”Bidang yang saya masuk ini memang berbeza sangat (jual stoking kapas). Tapi tidak ada beza dari segi jual beli.

“Stoking ni cukup lembut, selesa tak merimaskan stoking ini tidak ada banyak sambungan yang akan bergesel dengan kaki, sangat sesuai untuk orang yang ada kencing manis sebab kaki pesakit itu lembutkan,” katanya.

Stoking kapas yang sama sekali tidak menggunakan kaedah jahitan mesin sebaliknya hanya dikait dengan teknologi nano, kata Zainab.

Pembuatan stoking itu diilhamkan oleh rakannya yang berasal dari luar negara.

Zainab berkata, perkenalan mereka berdua beberapa tahun lalu akhirnya memberikan idea kepada Zainab untuk terus mengorak langkah sebagai usahawan.

“Stokin ni daripada rakan perniagaan saya, orang asing yang juga pakar perubatan di luar negara. Kami rapat seperti keluarga sendiri.

“Saya bincang dengan dia, nak buat perniagaan tapi masa tu tak tahu nak buat perniagaan apa.

“Lepas tu dia kasi kami sampel stoking ini masa tu,” katanya.

Stoking ini, selain baik untuk penyakit diabetik, kata Zainab juga boleh digunakan kepada wanita berpantang dan bersukan.

MGF19112018_TEMUBUAL ZAINAB YATIM_01
Temubual eksklusif bersama Pengurus Besar Kapas Kapas Ventures Sdn. Bhd., Zainab Mohd Yatim di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 19 NOVEMBER 2018

Istimewanya lagi stoking ini boleh digunakan sewaktu tidur dan akan bertindak melenakan malam-malam anda, boleh dipakai untuk keluar bekerja seperti biasa seharian, kerana fabrik yang digunakan tidak seperti stokin yang biasa.

“Stoking ni bagi yang ada masalah tidur, waktu malam rasa kaki selalu kejang atau lenguh, kalau pakai memang lena,” tambahnya.

Walaupun berbelas tahun menjadi wartawan ekonomi namun Zainab akui ilmu untuk berniaga tetap perlu dicari dan dipraktikkannya.

“Tetap kena cari ilmu, jangan ingat tulis laporan ekonomi dulu masa kerja tak payah ilmu untuk berniaga. Tetap kena cari,” ujaranya yang juga menganggap dunia perniagaan sememangnya perlu menghadapi cabaran dan risiko apatah lagi yang baru mula bertapak sepertinya.

Kata-kata orang yang mempertikaikannya atau memperkecilkan perniagaannya yang memasarkan stoking ‘ajaib’ ini tidak diendahkannya.

Sebaliknya Zainab yang berjiwa kental yakin perniagaannya ini pasti memberikan manfaat terutama kepada si pemakai.- MalaysiaGazette