Tan Sri Syed Hamid Albar
Tan Sri Syed Hamid Albar

KUALA LUMPUR – Fakta mengenai rakyat Malaysia yang pernah ditemubual dalam program BBC Hardtalk yang dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dinafikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Syed Hamid Albar.

Syed Saddiq berkata beliau adalah individu kedua yang pernah dijemput bagi program BBC Hardtalk yang dikendalikan Tim Sebastian.

“BBC Hardtalk, bismillah. Doakan kejayaan saya!

“Ia benar-benar menghormati Malaysia kedua, selepas Tun Dr Mahathir berada di BBC Hardtalk.

“Saya ingin dunia tahu Malaysia, sekali lagi harimau Asia,” katanya di Twitter.

Syed Hamid yang juga bekas menteri kemudiannya retweet status berkenaan dengan membetulkan fakta Syed Saddiq.

Beliau ditemuramah dalam program sama haisl kendalian Tim Sebastian.

“Biar saya betulkan fakta (Syed Saddiq). Saya pernah muncul dalam Hard Talk dengan Tim Sebastian dalam tahun 2000, sudah tentu sebelum Malaysia Baru,” komen beliau.

Akur dengan komen itu, Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar kemudiannya membetulkan status itu dengan berkata “Salah seorang daripada beberapa individu selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Temu bual itu, antara lain, bakal mengetengahkan isu berkaitan hubungan luar Malaysia dengan United Kingdom, Kesatuan Eropah, negara-negara Komanwel dan juga Asia, selain peranan negara di pentas dunia.

Rakaman temu bual itu akan ditayangkan di saluran BBC (Astro 512) pada Khamis jam 12.30 tengah hari dengan siaran ulangan pada 5.30 petang dan 11.30 malam, serta 2.30 pagi pada Jumaat.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ditemu bual oleh Zeinab Badawi dalam program sama pada September lalu ketika lawatan pertama beliau ke London selepas berjaya menerajui Pakatan Harapan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 Mei lalu. -MalaysiaGazette