Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands minggu depan, Lim Guan Eng hari ini mendedahkan  kedudukan kewangan Negeri Pahang.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Kewangan itu memberitahu, Pahang mempunyai defisit terkumpul sebanyak RM228.37 juta.

Berikut maklumat mengenai kedudukan kewangan negeri Pahang dalam tempoh 2014 hingga 2017.

Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pahang

Katanya, keadaan defisit itu mencerminkan pengurusan kewangan yang tidak bertanggungjawab dan tidak berhemah.

Akibat pengurusan kewangan yang lemah itu, Guan Eng berkata, Pahang tidak mampu untuk memenuhi obligasi hutangnya kepada Kerajaan Persekutuan.

Beliau memberitahu, hutang Pahang kepada Kerajaan Persekutuan pada 31 Disember 2018 berjumlah RM3.178 bilion – jumlah hutang terbesar dalam semua negeri di Malaysia, dengan tunggakan sebanyak RM1.270 bilion.

“Mampukah Kerajaan Negeri Pahang jalankan pembangunan yang mampan dengan hutang paling tinggi dalam Malaysia sebanyak RM3.2 bilion pada akhir 2018 dan belanjawan berdefisit setiap tahun, dengan defisit terkumpul negatif RM228 Juta pada akhir 2017?,” soal Guan Eng. – MalaysiaGazette