Aksi Ronaldo ketika cuba membuat sepakan penalti dalam perlawanan menentang Chievo di Stadium Allianz, Milan, awal pagi tadi.

MILAN – Sepakan penalti Juventus pada awal babak permainan yang gagal disempurnakan oleh Cristiano Ronaldo dalam perlawanan awal pagi tadi bukan penghalang kepada pasukan itu untuk mengembalikan kelebihan sembilan mata di puncak liga.

Pada aksi lebih awal, AC Milan kembali ke landasan untuk memperoleh tiket ke saingan Liga Juara-Juara selepas menang 2-0 ke atas Genoa.

Bagaimanapun, selepas mengesahkan gelaran pertama Juventus musim ini bagi trofi Piala Super buat kali kelapan pasukan itu telah berjaya menewaskan Milan pada perlawanan minggu lalu.

Ronaldo tampak sedikit lesu di bahagian serangan selepas mengharungi aksi liga pertama sejak berehat pada musim sejuk.

Pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu melepaskan deretan peluang untuk menewaskan penjaga gol Chievo, Stefano Sorrentino termasuk penalti pada minit ke-53.

Begitupun, Juventus merobek gawang Chievo menerusi Douglas Costa dan Emre Can pada babak pertama sebelum melengkapkan jumlah jaringan berpunca tandukan Daniele Rugani enam minit sebelum tamat.

Chievo memulakan kempen musim ini dengan kekalahan 2-3 kepada Juventus di Verona tetapi, menamatkan 2018 dengan kemenangan pertama dan tewas sekali daripada lapan aksi terakhir dengan mengikat Napoli, Lazio dan Inter.

Pemain sayap Brazil, Costa menjaringkan gol pertama Juve seawal minit ke-13 yang juga jaringan pertamanya dalam saingan Serie A musim ini sebelum umpanan Paulo Dybala yang disudahkan Can meletakkan tuan rumah selesa mendahului sejurus sebelum rehat.

Juventus dianugerahkan penalti selepas Mattia Bani memegang bola dalam kotak penalti dan Ronaldo melepaskan dua lagi peluang sebelum Rugani menyempurnakan sepakan percuma Federico Bernardeschi untuk memberikan Juventus kekal di landasan merangkul gelaran kelapan berturut-turut Scudetto.

Juventus sudah mengumpul 56 mata daripada 20 perlawanan, kelebihan sembilan mata berbanding Napoli yang menewaskan Lazio 2-1. – MalaysiaGazette