Pegawai Perhubungan KLRA bersama rombongan KPJUC, Sakinah (Pengurus Operasi), Afif (Pegawai Perhubungan Awam dan Pemasaran), Azizi (Penolong Pengurus) di padang latihan Akademi Bolasepak Raisuri di KLFA Sport Centre Taman Melati.
Pegawai Perhubungan KLRA bersama rombongan KPJUC, Sakinah (Pengurus Operasi), Afif (Pegawai Perhubungan Awam dan Pemasaran), Azizi (Penolong Pengurus) di padang latihan Akademi Bolasepak Raisuri di KLFA Sport Centre Taman Melati.

KUALA LUMPUR – Ramai tahu bahawa negara giat menjalankan program mencari pelapis bagi membawa sinar baharu kepada arena bola sepak negara pada masa akan datang.

Justeru itu, satu program bola sepak di peringkat akar umbi dirancang Kolej Universiti KPJ Healthcare (KPJUC) dan KL Raisuri Akademi bagi merealisasikan usaha itu.

Bertempat di KLFA Taman Melati, KPJUC telah mengadakan satu lawatan bagi kedua-dua pihak itu menjalankan usahasama.

Beberapa perkara yang telah dibincangkan terutamanya di dalam bidang fisioterapi dan sains sukan boleh diterapkan kepada pemain-pemain celik ini.

Malahan, pihak KL Raisuri Akademi menyambut baik hasrat KPJUC dan mana-mana pihak ingin bersama menaikkan mertabat dan mutu sukan bolasepak tanah air.

Aktiviti itu dianjurkan bagi memupuk semangat kerjasama dan berfikiran positif bagi mencapai matlamat melahirkan pelapis negara yang lebih berkualiti dan berdaya saing.

Disamping dapat mencari bakat bola sepak baru seawal usia lima tahun program pembangunan bolasepak akar umbi, ia juga dilihat berjaya melahirkan kanak kanak yang berdisiplin dan boleh membina semangat jati diri dikalangan pemain. -MalaysiaGazette