Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan bahawa wujud sindrom penafian berkaitan unsur-unsur sabotaj di dalam pemilihan parti itu sebagaimana didakwa Ketua Wanita parti itu Zuraida Kamaruddin.
Laporan berita yang memetik ucapan daripada Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail berkaitan projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi “Enhanced Malaysia International Internet Gateway” (EM-IIG) yang dibangunkan oleh Xiddig Cellular Communications Sdn Bhd adalah tidak benar.

PUTRAJAYA — Laporan berita yang memetik ucapan daripada Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail berkaitan projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi “Enhanced Malaysia International Internet Gateway” (EM-IIG) yang dibangunkan oleh Xiddig Cellular Communications Sdn Bhd adalah tidak benar.

Teks ucapan yang dibaca di pelancaran projek ini tidak pernah diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri ataupun Pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Timbalan Perdana Menteri juga tidak mewakilkan kepada sesiapa untuk membaca teks ucapan beliau pada majlis tersebut.

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah tidak pernah sama sekali berkata bahawa kerajaan akan memberi kerjasama penuh kepada pelaksanaan projek EM-IIG.

Menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri tanpa kebenaran beliau adalah perkara yang serius.

Amaran diberikan kepada semua organisasi supaya tidak menggunakan atau mengedarkan bahan seperti teks ucapan yang menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri tanpa kebenaran.

Tindakan tegas akan diambil jika situasi seperti ini berulang.

Terdahulu, dalam majlis itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Batu Pahat Datuk Rashid Hasnon telah membacakan satu teks ucapan kononnya daripada Pejabat TPM menggunakan nama Dr Wan Azizah pada Majlis Pelancaran EM-IIG.

Media dimaklumkan TPM tidak dapat hadir ke majlis itu kerana terpaksa menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu pagi ini.