KUALA LUMPUR – Sistem perbankan Bank Simpanan Nasional (BSN) kini sudah pulih.

“Perkhidmatan perbankan di cawangan-cawangan BSN, perbankan internet MyBSN, MEPS dan Kad Debit BSN kini boleh diakses dan kembali beroperasi seperti biasa,” kata bank itu menerusi Facebook.

Perkhidmatan ATM dan CDM telah pun beroperasi bermula pukul 9 malam tadi.

Manakala, perkhidmatan Ejen Bank (EB)mula beroperasi jam 10 pagi hari ini.

“Kami amat menghargai kesabaran anda dan akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik. Kemudahan akses perbankan anda tetap menjadi fokus utama kami,” kata BSN. – MalaysiaGazette