TERKINI : TERUJA SAMPAI TAK TIDUR! – Calon Bebas

Calon Bebas, Wong Seng Yee yang menggunakan simbol cangkul dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands mengakui sukar tidur malam menanti hari mengundi awal, hari ini.

Seng Yee berkata beliau berasa teruja kerana pertama kali menjadi calon pilihan raya bagi mewakili masyarakat pekebun dan orang asli di kerusi P078 itu.