Meng Wanzhou

WASHINGTON – Amerika Syarikat telah mendakwa, Meng Wanzhou telah menyalahguna kaitan syarikat berkenaan ke atas firma yang cuba menjual peralatan ke Iran yang sedang menjalani sekatan dari Washington.

Penahanan Meng telah mengeruhkan hubungan antara Kanada dan China, selain Beijing juga telah menahan dua warga Kanada dan menjatuhkan hukuman mati kepada seorang rakyat Kanada.

Kenyataan daripada Jabatan Kehakiman itu muncul selepas Duta Besar Kanada ke Amerika Syarikat mengatakan Washington akan ekstradisi Meng.

“Kami akan meneruskan proses ekstradisi Meng Wanzhou dan akan memenuhi semua tarikh yang ditetapkan oleh Perjanjian Ekstradisi,” kata jurucakap Jabatan Hakim. Marc Raimondi dalam satu kenyataan sambil menyatakan penghargaan terhadap usaha bersama dalam menguatkuasakan kedaulatan undang-undang.

Pengerusi Huawei, Liang Hua memberitahu media, syarikat itu memantau kes itu secara rapat dan mahu penyelesaian secepat mungkin.

Bagaimanapun, syarikat itu tidak mempunyai hubungan terus dengan pihak-pihak berkuasa.

Amerika Syarikat perlu memfailkan permohonan rasmi ekstradisi pada 30 Januari ini.

Sebaik sahaja permohonan rasmi diterima, Mahkamah Kanada mempunyai masa 30 hari ini bagi mengenal pasti terdapat cukup bukti untuk menyokong ekstradisi dan Menteri Keadilan Kanada mesti mengeluarkan arahan formal.

Huawei adalah pengeluar perkakasan telekomunikasi terbesar dunia, didakwa Amerika Syarikat alat perantinya menimbulkan risiko keselamatan.

Namun, Huawei mendakwa tuduhan tersebut tidak berasas. – MalaysiaGazetet