Messi
Lionel Messi

BARCELONA – Lionel Messi tidak disenarai dalam skuad Bercelona yang akan berdepan Sevilla pada perlawanan pertama suku akhir Copa del Ray hari ini, manakala Kevin-Prince Boateng yang baru menyertai kelab itu pinjaman daripada Sassuolo akan ke Sevilla.

Jurulatih, Ernesto Valverde tidak menyenaraikan Messi dan pemain tengah Sergio Busquets semalam bagi memelihara kecegasan pemain utamanya itu, lapor Reuters.

Pada musim lalu, pemain Barcelona dilihat keletihan ketika mereka tumpas 0-3 kepada AS Roma pada suku akhir Liga Juara-juara.

Selepas melihat Real Madrid menjulang Liga Juara-juara untuk kali keempat dalam tempoh lima tahun pada musim lalu, bekas kapten Barcelona, Carles Puyol berkata, the Catalans perlu memastikan keutamaan mereka.

Messi juga tidak disenaraikan dalan skuad Barcelona apabila pasukan itu tewas 1-2 kepada Levante pada perlawanan pertama pusingan 16 pasukan, namun pemain itu menjaringkakan gol ketika Barcelona menang 3-0 pada perlawanan kedua dan masuk ke padang sebagai pemain simpanan ketika mengalahkan Leganes 3-1 dalam aksi La Liga Ahad lalu.

Pemain tengah Boateng diperkenalkan sebagai pemain Barcelona semalam dan dengan serta merta disenaraikan dalam skuad yang akan bertandang ke Andalusia. – Reuters.