Dua dron di kesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark, New Jersey. foto Agensi

TRENTON – Beberapa penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark, dekat New Jersey terpaksa ditangguhkan selepas dua dron dikesan terbang di kawasan berhampiran.

Juruterbang memaklumkan kepada kawalan trafik satu daripada dron terbang dalam lingkungan 30 kaki daripada pesawat.

Ketika kejadian, juruterbang sedang terbang di Lapangan Terbang Teterboro, sebuah hab persendirian tetapi penutupan di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark dibuat sebagai langkah berjaga-jaga.

Ia merupakan lapangan terbang ke-11 tersibuk di Amerika Syarikat dengan menerima 20 juta penumpang setiap tahun.

Sebelum ini, Lapangan Terbang Gatwick terpaksa ditutup menjelang Hari Krismas selepas dron dikesan di kawasan berkenaan hingga mengakibatkan beratus-ratus penerbangan terpaksa dijadual semula.

Pihak Berkuasa Penerbangan Persekutuan (FAA) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima dua laporan kira-kira pukul 5 petang dari penerbangan masuk ke Newark tentang dron.

Dron itu didakwa kelihatan pada kira-kira 3,500 kaki di atas Teterboro, New Jersey. – MalaysiaGazette