Datuk Seri Mohamad Hassan
Datuk Seri Mohamad Hassan

KUALA LIPIS – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Kerajaan Negeri Pahang sedia mengambil alih pembayaran elaun kepada Tok Batin, sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (PH) enggan berbuat demikian.

Beliau yang kini menjalankan tugas presiden parti berkata perkara itu telah dibincangkan bersama Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Walaupun sebelum ini (didakwa) ada ugutan terhadap tok-tok batin bahawa jika didapati sokong Barisan Nasional (BN) elaun mereka ditarik, saya telah berbincang dengan menteri besar, jika perkara yang tidak sepatutnya ini berlaku, maka Kerajaan Negeri Pahang akan mengambil alih pembayaran elaun tersebut dari kerajaan pusat,” katanya. – Bernama