Young Syefura Othman
Young Syefura Othman

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Syefura Othman menafikan ada mengeluarkan kenyataan bahawa DAP paling baik dalam menjaga Melayu dan Islam.

Dalam status Twitternya, Syefura Othman atau Rara berkata, kenyataan itu adalah bukan dari pihaknya dan mempersoalkan sumber tulisan berkenaan.

“Kalau buat poster macam ini, letak gambar saya, tulis macam ini tanpa nyatakan sumber,” katanya di Twitter.

Status Rara itu merujuk kepada satu ciapan di media sosial itu yang menunjukkan gambarnya dengan status;

“Walaupun saya dianggap balaci DAP, (saya) tetap yakin DAP paling baik dan telus menjaga Melayu dan Islam serta rakyat.

Semuanya bermula apabila pengguna Tweet, @blackmerz101 membuat ciapan mengecam gambar tersebut.

“Aku x tau lah betol ke x Adun Janda Baik (sebenarnya ADUN Ketari) dlm kawasan Bentong ni cakap ?

“Tapi aku nak bgtau si fora ni
Baik bendenye kalu kapir tu dah sah sah TAK BERIMAN sb bukan #Muslim #Islam ???

“Ko ni mengaji mana? Tamat Muqaddam x?

“Mati lah #RakyatMalaysia yang angkat mereka ni,” tulis beliau di Twitter.

Dalam pada itu, Rara berkata daripada menulis perkara yang tidak sahih, lebih baik individu berkenaan menulis mengenai kesahihan bola naga yang terdapat dalam siri kartun terkenal Dragon Ball.

“Baik tulis ‘Saya yakin bahawa Dragon Ball ada 8 biji semuanya’. Baru betul kona,” katanya sinis. – MalaysiaGazette