Yang Hengjun.. foto Agensi

MELBOURNE – China telah menahan seorang penulis Cina-Australia yang telah terbang dari New York minggu lepas, kata kerajaan Australia.

Australia kini sedang mendapatkan maklumat mengapa penulis itu ditahan.

Jabatan Hal Ehwal Luar dan Perdagangan memaklumkan pihak berkuasa China telah memaklumkan kedutaan Australia di Beijing tentang penahanan Yang Hengjun.

“Jabatan sedang mencari penjelasan mengenai penahanan ini dan mendapatkan akses konsular kepadanya … sebagai perkara yang menjadi keutamaan,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Penahanan itu berlaku sama selepas Menteri Pertahanan Australia, Christopher Pyne, dijangka melawat Beijing untuk mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari China, Wei Fenghe dan pegawai kanan lain.

Penahanan itu dilihat oleh Barat sebagai tindak balas Beijing terhadap penangkapan Meng Wanzhou, eksekutif kanan Huawei Technologies, di Kanada pada 1 Disember.

Wanita itu dituduh melanggar sekatan Amerika Syarikat ke Iran.

Kerajaan Australia mula-mula memaklumkan bahawa Yang, seorang penulis dan bekas diplomat China yang kini menjadi warga negara Australia, telah hilang selepas rakan-rakan memberitahu tidak dapat berhubung dengannya selama beberapa hari.

Australia telah bersama-sama dengan negara-negara lain mengutuk penangkapan kedua-dua warga Kanada.

Tetapi Yang telah lama dipantau oleh China selepas beliau mengkritik apa yang digambarkannya sebagai gangguan China di Australia.

Presiden China, Xi Jinping telah mempengerusikan tindakan keras terhadap pembangkang sejak berkuasa pada 2012, dengan beratus-ratus peguam dan aktivis hak ditahan. – MalaysiaGazette