Man City mara ke pusingan akhir Piala Carabao dengan kemenangan 10-0 agregat awal pagi tadi menentang Burton Albion

ENGLAND – Manchester City mara ke pusingan akhir Piala Carabao selepas menang dengan agregat 10-0 menentang Burton malam tadi.

Dalam aksi separuh akhir awal pagi tadi, Sergio Aguero menjaringkan gol tunggal pasukannya.

City tampil dengan kemenangan 9-0 dalam aksi pertama separuh akhir di Etihad sebelum ini.

Manchester City selaku juara bertahan edisi lalu akan bertemu Chelsea atau Tottenham Hotspurs yang akan membuat perhitungan pada Khamis.

Spurs akan turun bertemu the Blues dalam aksi separuh akhir dengan kelebihan 1-0 agregat di Stamford Bridge malam ini.

Final Piala Carabao akan berlangsung di Wembley pada 24 Februari ini. – MalaysiaGazette