Home Penulis Artikel Oleh Muhammad Fareez Muhamad Fadzil

Muhammad Fareez Muhamad Fadzil

311 Artikel 0 Komen

Calon-Calon Angkatan Muda Keadilan

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad bersama Calon Ketua AMK, Dr. Afif Bahardin (kanan) ketika Kongres Nasional Keadilan ke-13 di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 16 NOVEMBER 2018

‘Rina Harun Bersama Murid Tabika KEMAS’

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun (tengah) diiringi Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras merangkap Penaung Tabika KEMAS Parlimen Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee (tiga kanan) bergambar kenangan dengan sebahagian murid Tabika KEMAS pada Majlis Penyampaian Sijil Tabika KEMAS Cheras 2018 di Kolej Antarabangsa Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), Cheras. foto FAREEZ FADZIL, 14 NOVEMBER 2018

Tun M Lancar Not Emas Harapan – Poh Kong

Model, Felicia Lee Sim Leen menunjukkan Not Emas Harapan hasil inisiatif Poh Kong yang dilancarkan oleh Perdana Menteri di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 08 NOVEMBER 2018

Pelancaran Buku Pembangunan Kontemporari Orang Asli

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Senator P. Waytha Moorthy menandatangani plaq sebagai gimik Pelancaran Buku Pembangunan Kontemporari Orang Asli sambil diiringi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM, Dr. Mohd Roslan Sulaiman (dua kanan) dan penulis buku, Prof. Dr. Sarjit S. Gill (kiri) di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 08 NOVEMBER 2018

Aktivis PPIM diugut Bunuh

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (kanan) bersama aktivisnya, Dr. Mazlina Abu Bakar menunjukkan laporan polis selepas diugut di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Ampang Jaya, Ampang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 07 NOVEMBER 2018

Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2019

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (kiri) berbual sesuatu bersama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika menunjukkan buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2019 selepas selesai pembentangan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 02 NOVEMBER 2018

Tun Mahathir Terima Borang Keahlian PPBM Tok Pa

Perdana Menteri merangkap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad menerima borang keahlian bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed (kiri) sambil diiringi Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua kiri) dan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (kanan) pada sidang media khas PPBM di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya. foto FAREEZ FADZIL, 26 OKTOBER 2018

Tun Musa Hitam Rasmi AKEPT-WIEF Forum Perusahaan Sosial 2018

Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam (WIEF), Tun Musa Hitam (tengah) berbual mesra dengan Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Prof. Isarji Sarudin (dua kanan) dan sebahagian peserta sambil diiringi Pengarah Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Datuk Prof. Rohana Yusof (kiri) pada Perasmian AKEPT-WIEF Forum Perusahaan Sosial 2018 di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) ISTAC, Jalan Duta, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 22 OKTOBER 2018

Hari Mengundi PRK Port Dickson

Pengundi menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di Sekolah Kebangsaan Linggi, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 13 OKTOBER 2018

Persiapan Proses Pengagihan Peralatan Mengundi SPR – PRK Port Dickson

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan proses pemeriksaan peralatan mengundi pada proses Semakan Isi Peti Undi dan Serahan Peralatan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 12 OKTOBER 2018