Dr. Hilmi Yahaya

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya menafikan beliau pernah menyokong tindakan individu yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah atas kesalahan menjalankan perkhidmatan pergigian tanpa tauliah.

Setiausaha Sulit Kanan kepada Hilmi, Aziaan Ariffin berkata, bosnya dan dan anggota pentadbiran kementerian tidak pernah berbuat demikian.

“Ingin ditegaskan bahawa YB Timbalan Menteri Kesihatan atau mana-mana anggota pentadbiran ini tidak pernah menyokong dan tidak akan sama sekali berkompromi dengan mana-mana individu atau kumpulan yang melanggar peraturan dan undang-undang negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun kenyataan itu tidak menyebut jelas mengenai dakwaan yang sama cuma ia dikatakan ia tular di media-media sosial.- MalaysiaGazette