Shafiq Abdul Jabbar.

KUALA LUMPUR – AMMB Holdings Berhad mengumumkan pelantikan terbaharu dalam pengurusan kanannya iaitu Shafiq Abdul Jabbar sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO).

Menurut makluman kumpulan kepada Bursa Malaysia hari ini, Shafiq memiliki pengalaman yang meluas dalam bidang kewangan dalam beberapa syarikat korporat sebelum ini.

Beliau adalah akauntan bertauliah daripada Institut Perakaunan Malaysia dan akauntan bertauliah (felow) daripada Chartered Accountants di Australia dan New Zealand.

Sebelum memegang jawatan penting, Shafiq, 46. bertugas sebagaiĀ  CFO Kumpulan di Astro Malaysia Holdings Berhad,

Beliau juga pernah berkhidmatr sebagai Pengawal Kewangan dan juga Ketua Pegawai Kewangan sehingga Januari 2017 selain pernah dilantik sebagai Pengurus kepada Pengarah Eksekutif di Pricewaterhouse (Kuala Lumpur dan London). – MalaysiaGazette