Wan Azizah lompat kerusi
Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail lompat kerusi bertanding di Parlimen Pandan bagi memberi laluan kepada anaknya Nurul Izzah Anwar di Parlimen Permatang Pauh pada PRU14
KUALA LUMPUR  –  Sebanyak 12 soalan bertulis mengenai skandal 1MDB daripada ahli Parlimen pembangkang ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia daripada dibentangkan dalam sidang Parlimen pada sesi yang bermula, hari ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau yang menerima surat penolakan itu daripada pejabat Pandikar hari ini menjelaskan bahawa pertanyaan itu melibatkan perkara rahsia kerajaan.
“Saya kesal dengan keputusan Tan Sri Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang menolak empat pertanyaan jawab lisan saya.
“Pertanyaan saya itu ditolak. Kenapa ianya ditolak? Pada hari ini saya telah menerima surat jawapan dari Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat bagi memaklumkan alasan penolakannya,” katanya pada sidang media di bilik media Parlimen, di sini, hari ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah bercakap pada sidang media di Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 23 OKTOBER 2017.
Kebanyakan soalan yang ditolak itu berhubung kompaun Bank Negara Malaysia ke atas 1MDB, isu pematuhan 1MDB terhadap penarikan balik pelaburan oleh Bank Negara dan isu membawa pulang kembali aset-aset yang dirampas oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ).
Antara soalan yang dikemukakan sendiri oleh Wan Azizah ialah peguam negara masih tidak menjalankan pendakwaan jenayah di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (ECA) sehingga dikenakan kompaun sebanyak RM 115.8 juta.
Sebelum ini, Bank Negara Malaysia melalui surat bertarikh 28 September 2017 memaklumkan bahawa 1MDB telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan telah dikenakan kompaun sebanyak RM 115.8 juta.
Bank Negara Malaysia juga telah mengeluarkan arahan kepada 1MDB untuk membawa balik pelaburan berjumlah USD 1.83 bilion di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan (Financial Services Act) 2013. – MalaysiaGazette