Rosmah Mansor
Isteri Bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 04 OKTOBER 2018.

KUALA LUMPUR – Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menghadapi 17 pertuduhan kerana terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram membabitkan wang berjumlah RM7 juta.

Berikut merupakan pertuduhan terhadapnya yang dibacakan secara terperinci berhubung kemasukan wang tersebut ke dalam akaun peribadinya dari tahun 2013 hingga 2017:-

  • Memasukkan RM200,000 daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya pada 4 Disember 2013;

  • Memasukkan RM100,000 daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya pada 16 Disember 2013;

  • Memasukkan RM200,000 daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya pada 23 Disember 2013;

  • Memasukkan RM100,000 daripada hasil kegiataan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya pada 28 Januari 2014;

  • Memasukkan RM100,000 daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya pada 29 Januari 2014;

  • Memasukkan RM200,000 daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya pada 28 Februari 2014;

  • Memasukkan RM100,000 daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya pada 14 Mac 2014;

  • Memasukkan RM100,000 daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya pada 8 April 2014;

  • Memasukkan RM1.6 juta daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya dalam lapan transaksi antara 4 Sept 2014 dan 22 Disember 2014;

  • Memasukkan RM3.85 juta daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya dalam 127 transaksi antara 21 Jan 2015 dan 12 Disember 2015;

  • Memasukkan RM510,000 daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya dalam 87 transaksi antara 28 Jan 2016 dan 7 Nov 2016;

  • Memasukkan RM30,000 daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya dalam lima transaksi antara 29 Mac, 2017 dan 8 Jun 2017;

  • Gagal mengisytiharkan RM500,000 didepositkan ke akaun peribadi beliau antara 4 Disember 2013 dan 23 Disember 2013 seperti yang dikehendaki oleh Akta Cukai Pendapatan;

  • Gagal mengisytiharkan RM2.2 juta didepositkan ke akaun peribadi beliau antara 28 Januari 2014 dan 22 Disember 2014 seperti yang dikehendaki oleh Akta Cukai Pendapatan;

  • Gagal mengisytiharkan RM3..85 juta didepositkan ke akaun peribadi beliau antara 21 Januari 2015 dan 12 Disember 2015 seperti yang dikehendaki oleh Akta Cukai Pendapatan;

  • Gagal mengisytiharkan RM510,000 didepositkan ke akaun peribadi beliau antara 28 Januari 2016 dan 7 November 2016 seperti yang dikehendaki oleh Akta Cukai Pendapatan;

  • Gagal mengisytiharkan RM30,000 didepositkan ke akaun peribadi beliau antara 29 Mac, 2017 dan 8 Jun 2017 seperti yang dikehendaki oleh Akta Cukai Pendapatan.

Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

Jika sabit kesalahan beliau boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda sebanyak lima kali daripada jumlah aktiviti haram atau RM5 juta atau mana-mana yang lebih tinggi, bagi setiap tuduhan. – MalaysiaGazette