Anggota kumpulan militan Abu Sayyaf. foto Agensi

KOTA KINABALU – Kumpulan penculik Abu Sayyaf berada dalam keadaan tertekan dan mahu mendapatkan wang tebusan dengan secepat mungkin.

Serangan tentera Filipina memaksa mereka melarikan diri tetapi tebusan-tebusan yang ada mengekang pergerakan mereka ketika diserang tentera.

Aktivis antipenculikan di Jolo, Profesor Octavio Dinampo berkata, penculik Abu Sayyaf berharap dapat memperoleh wang dan membebaskan tebusan mereka dengan segera.

Penculik juga menghubungi ahli keluarga tebusan secara terus dengan harapan dapat mempercepatkan proses pembayaran duit tebusan.

Tentera Filipina menyerang Abu Sayyaf di wilayah Sulu, selatan Filipina pada 10 Disember menyebabkan sekurang-kurangnya 13 kematian.

Lima rakyat Malaysia dilaporkan diculik Abu Sayyaf dan bot tunda mereka ditemukan di tebing pasir di Tungku, Tawau pada 18 Julai lalu.