Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) dan Alibaba Cloud, cabang pengkomputeran awan Alibaba Group akan bekerjasama membentuk masa depan profesion perakaunan dalam era transformasi digital.
Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) dan Alibaba Cloud, cabang pengkomputeran awan Alibaba Group akan bekerjasama membentuk masa depan profesion perakaunan dalam era transformasi digital.

KUALA LUMPUR – Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) Malaysia yang menyokong ‘The Power of Ethics’ menganjurkan kempen ‘YES Malaysia’ meminta rakyat Malaysia  mengundi dalam talian di www.yesmalaysia.my, sebagai tanda sokongan penuh terhadap prinsip etika perakaunan negara.

Kempen itu bermula 1 November sehingga 31 Disember 2019.

ACCA dalam kenyataan berkata, kempen ‘YES Malaysia’ ini mencerminkan komitmen ACCA kepada para ahli, rakan-rakan
niaga bersekutu termasuk generasi akauntan pada masa hadapan.

Sebagai sebahagian daripada tema global ‘The Power of Ethics’, kempen ‘YES Malaysia’ bertujuan memberi tumpuan kepada isu-isu berkaitan etika dalam masa yang sama menyokong seruan kerajaan Malaysia untuk menjadi negara yang lebih cekap, bertanggungjawab dan telus.

Ketua Negara ACCA Malaysia, Edward Ling berharap kempen ‘YES Malaysia’ dapat meningkatkan kesedaran mengenai perkara-perkara yang berkaitan etika dan kesannya kepada individu, perniagaan dan seluruh negara.

Pada tahun lepas, ACCA menganjurkan kempen “Doing the Right Thing” i-Pledge, yang menyeru rakyat Malaysia membuat ikrar peribadi mereka sendiri untuk melakukan perkara yang betul. Usaha tersebut mendapat sambutan yang baik dan ACCA berjaya mengumpul sebanyak 10,000 ikrar dari segenap lapisan rakyat Malaysia.

Bagi tahun 2019, kempen ‘YES Malaysia’ ACCA Malaysia mensasarkan untuk mengumpul lebih daripada 10,000 undian daripada para pelajar ACCA, ahli-ahli bersekutu, ahli-ahli dan rakan-rakan kerjasama perniagaan juga semua lapisan masyarakat Malaysia.

Menurutnya, selain inisiatif dalam talian, kempen ‘YES Malaysia’ turut melibatkan satu pertandingan yang menarik untuk
rakan-rakan pembelajaran ACCA dan rakan-rakan majikan di Malaysia.

Pertandingan yang dilancarkan di seluruh negara antara para pendidik dan majikan bertujuan menguji kreativiti pelajar ACCA, rakan sekutu dan ahli-ahli dalam mempromosikan etika yang baik di dalam kampus dan media sosial. – MalaysiaGazette