ADB
Asia Development Bank

MANILA – Negara-negara Asia yang sedang membangun mungkin mengalami pertumbuhan lebih perlahan berbanding jangkaan sebelum ini akibat perang perdagangan di antara AS-China, kata Bank Pembangunan Asia (ADB).

Kecairan global yang semakin menyusut memberi impak negatif kepada aktiviti perniagaan sehingga akan menyebabkan kos pinjaman meningkat di samping memberi risiko kepada aliran keluar modal.

ADB mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi rantau Asia bagi 2018 pada kadar 6.0 peratus namun mengurangkan unjuran pertumbuhan kepada 5.8 peratus berbanding ramalan awal sebanyak 5.9 peratus.

“Risiko penyusutan ekonomi sangat menggusarkan,” kata Pakar Ekonomi ADB, Yasuyuki Sawada.

ADB menjangkakan pertumbuhan 5.8 peratus pada 2019 akan menjadi pertumbuhan paling perlahan kepada rantau Asia sejak mencatatkan kadar 4.9 peratus pada 2001.

Ekonomi China dijangka berkembang 6.3 peratus tahun hadapan, lebih perlahan berbanding unjuran awal pada Julai iaitu 6.4 peratus, katanya.-Agensi