Anggota Parlimen Klang Charles Anthony Santiago telah dilantik sebagai pengerusi baharu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Anggota Parlimen Klang Charles Anthony Santiago telah dilantik sebagai pengerusi baharu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Klang Charles Anthony Santiago telah dilantik sebagai pengerusi baharu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Pelantikan itu diumumkan oleh Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar.

Xavier berkata pelantikan itu berkuat kuasa selama dua tahun bermula hari ini hingga 31 Oktober, 2020.

“Terdapat banyak kerja di hadapannya sebagai pengerusi SPAN, kerana ia merupakan agensi yang bertanggungjawab bagi pentadbiran air dan ada banyak lagi perkara yang kita nantikan dengan pelantikannya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Xavier juga berkata lantikan politik daripada kerajaan terdahulu di SPAN harus cukup berani untuk melepaskan jawatan mereka setelah pemerintah berubah.

Sementara itu, Charles menyatakan keyakinan dalam melaksanakan peranan baharunya itu.

“Saya sudah biasa dengan industri air dan juga pemain industri ini. Saya berharap dapat membawa beberapa perubahan seperti yang dimandatkan oleh menteri untuk tempoh dua tahun akan datang, “katanya.

— BERNAMA