Beberapa ahli politik, ahli akademik dan beberapa personaliti lain akan menjadi panelis Forum Demokrasi Malaysia yang dianjurkan oleh Institut Strategi Antarabangsa (ISI) esok.
KUALA LUMPUR – Beberapa ahli politik, ahli akademik dan beberapa personaliti lain akan menjadi panelis Forum Demokrasi Malaysia yang dianjurkan oleh Institut Strategi Antarabangsa (ISI) esok.
Antara yang terlibat ialah Pengarah Komunikasi Parti Amanah Rakyat, Khalid Abdul Samad, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Suffian Hamdan, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor, Isham Jalil, Naib Presiden Biro SMED Parti Gerakan, Mourhrna Anetha Reddy dan Ahli Dewan Negara, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff.
Turut menyertai forum itu ialah Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Shamrahayu Abdul Aziz, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Datuk Mah Weng Kwai dan Presiden Power Malaysia, Datuk Mohana Muniandy.
Forum bertemakan ‘Merangka Masa Depan Demokrasi Parlimen di Malaysia’ itu bakal membincangkan idea, pemahaman dan pendapat berbeza tentang maksud demokrasi terutama di Malaysia.
Forum sehari ini juga akan membincangkan isu-isu seperti parti politik berasaskan kaum, dana dalam politik, demokrasi dari perspektif masyarakat sivil dan juga anti-lompat undang-undang.
Menurut ISI, pembukaan forum itu akan dilakukan oleh Presiden Parti Sabah, Datuk Seri Anifah Aman dan ucaptama oleh Presiden PKR,  Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Manakala ucapan khas oleh bekas Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan ucapan penutup oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Orang ramai boleh mengikuti forum ini menerusi FB Live MalaysiaGazette mulai jam 9 pagi. – MalaysiaGazette