Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Bhd berkemungkinan melaksanakan pusingan terbaharu langkah pemberhentian beratus-ratus pekerjanya dalam usaha untuk terus bertahan dalam industri yang terjejas teruk akibat krisis Covid-19.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Group Bhd. dan sekutunya, AirAsia X Bhd. (AAX) akan menaikkan caj perkhidmatan penumpang (PSC) kepada RM73 berbanding RM50 bagi semua pelepasan antarabangsa bukan ASEAN di klia2 bermula tengah malam ini.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, AirAsia berkata, ia akan mengutip kadar PSC seperti yang telah ditetapkan sebelum ini walaupun masih meneruskan protes ekoran perintah mahkamah baru-baru ini.

Pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan AirAsia dan AAX membayar sekurang-kurangnya RM40.6 juta PSC yang masih belum dibayar kepada Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) bagi tempoh Julai sehingga Disember tahun lepas. AirAsia masih menunggu keputusan rayuan mahkamah.

Syarikat penerbangan tambang murah itu hanya mengutip PSC sebanyak RM50 bagi setiap destinasi antarabangsa selain ASEAN kerana berpendapat, para penumpang di klia2 tidak sepatutnya membayar kadar yang sama dengan penumpang yang berlepas di Terminal Utama, KLIA. – MalaysiaGazette